Wednesday, March 18, 2009

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PENGGAL 2009 - 2012

Dimaklumkan, Mesyuarat Agung tersebut akan diadakan pada :-

Tempat : Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS

Tarikh : 11 April 2009 (Sabtu)

Masa : 09.00 pagi

Kepada semua ahli PPFM yang telah tamat tempoh keahlian digalakkan memperbaharui keahlian masing-masing untuk layak bersuara sekaligus mengundi dan bertanding mana-mana jawatan bagi mentadbir dan memperkemaskan lagi arah tuju PPFM tiga tahun mendatang.

Sekiranya ada sebarang usul, sila kemukakan kepada pentadbir persatuan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum Mesyuarat Agung.

Sekian, terima kasih.

'Ke Arah Profesionalisme'

Thursday, March 5, 2009

CADANGAN SKIM PENCEN KARYAWAN FILEM MALAYSIA

PENGUMUMAN 1
Kepada semua ahli PPFM sila ambil perhatian, Finas sedang dalam usaha menyediakan kertas cadangan perlaksanaan Skim Pencen Karyawan Filem Malaysia untuk pertimbangan kelulusan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Sehubungan itu, di seru semua penggiat seni tanahair yang bergiat aktif diminta memberikan kerjasama kepada Pentadbir PPFM untuk mengemaskini data peribadi masing-masing status keahlian PPFM samada masih sah keahlian atau sebaliknya bagi membolehkan kami menyenaraikan nama tuan/puan bagi tindakan pihak Finas seterusnya. Kepada ahli yang telah tamat tempoh keahlian atau yang belum lagi berdaftar dinasihatkan memperbaharui keahlian dalam masa terdekat ini bagi memudahkan segala urusan.
Kerjasama dan perhatian dari semua ahli amat dihargai.
Sekia, terima kasih.
Presiden
PPF Malaysia

PENGUMUMAN 2
PPFM sebagai gabungan induk GAFIM sedang giat berkempen bagi semua penggiat seni tanahir
dengan program "Caruman Sukarela KWSP" untuk bekalan hidup dikemudian hari.. Untuk butiran lanjut sila hubungi Pentadbir PPFM selaku Pengerusi Kebajikan GAFIM yang telah dilantik.